15 Mei 1948. Tarikh yang menjadi titik tolak penderitaan saudara kita di Palestin.
Pada
tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin
telah di- isytiharkan secara rasminya. Yahudi Zionis telah bertindak kejam ! Diorang dah halau lebih 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000
orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala
30,000 yang lain telah diusir ke daerah daerah takluk mereka.
Daripada
580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim
Zionis telah menghancurkan 478 daripadanya serta terlibat dalam lebih 34
jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Rejim
Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk
Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa
pembunuhan beramai-ramai telah berlaku.
Antara peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin (9
April 1948) yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang
tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak.
Sejarah kejatuhan bumi Palestin
ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui tiausaha Negara Hal
Ehwal Luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan
bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah
airnya di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar sebagai Ominous
Declaration (Pengisytiharan Celaka).
Penderitaan
yang dialami oleh penduduk Palestin hingga kini masih belum berakhir.
Rakyat Palestin telah mencuba pelbagai cara untuk membebaskan bumi
Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di
tanah suci tersebut. Antaranya ialah melalui perjanjian damai,
persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan
oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, semua cara itu menemui kegagalan
dan rakyat Palestin memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan
mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.
Dalam
usaha untuk membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah,
penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan
sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui
media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin
sebagai pengganas.
PengganasYahudi mendakwa
bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan
pengganas sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa
mereka adalah penduduk asal di bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa
a.s lagi. Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin adalah sebagai
imigran pada ke- tika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin
melalui kolonialisasi.
Sesungguhnya
tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan
seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat
jelas berdasarkan al-Quran dan hadis. Ia adalah bumi suci di mana ramai
para rasul Alaihissalam dilahirkan dan wafat di sana. Ia adalah medan
perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga
telah dimuliakan oleh Allah SWT dengan kewujudan Masjid al-Aqsa. Masjid
ini di samping kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang
dimuliakan Allah SWT dan tanah suci ketiga setelah Mekah dan Madinah.
Rasulullah
SAW bersabda, "Diutamakan (digandakan) solat di MasjidilHaram atas yang
lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan
di Masjid Baitulmaqdis dengan lima ratus solat." (Riwayat at-Tabrani -
martabat Hassan) Selain itu, Baitulmaqdis merupakan kiblat umat Islam.
Umat Islam bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis sepanjang kehidupan
Rasulullah SAW di Mekah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama
Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT mengarahkan agar kiblat
bertukar arah ke Kaabah di Mekah. Baitulmaqdis juga merupakan tempat
berlakunya Israk dan Mikraj. Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah
yang telah menjalankan hambanya (Muhammad pada malam hari dari
Masjidilharam ke Masjidilaqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran kami." (al-Isra':1)
Realitinya, umat Islam pernah
menguasai Baitulmaqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini,
selepas ia dicemari tangan-tangan kufur berkurun lamanya. Kini,
Baitulmaqdis kembali ke tangan kufur, maka siapakah yang akan
mengembalikannya ke tangan umat Islam?
Sesungguhnya Palestin bukanlah
milik orang-orang Palestin sahaja, Baitulmaqdis bukanlah tempat suci
mereka sahaja dan Masjidilaqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik
kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat. Ia juga milik umat Islam
generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian,
perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufur adalah
perjuangan kita bersama !
BANGKIT lah wahai MukminMuslim di setiap pelusuk dunia! Sanggup kah kita melihat saudara kita dipijak dan diganyang sesuka hati oleh Rejim Zionis ? Mungkin kita tak mampu nak pergi berperang kat Palestin tu. Mungkin kita tak mampu nak bunuh zionis tu dengan tangan kita sendiri kan. Tapi ingat! Kita juga punya senjata ! Senjata yang menjadi kekuatan setiap muslim. DOA :)