Saturday, 10 November 2012

Tips berurusan dengan AJNABI :)



1.    Elakkan berurusan dengan AJNABI. Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan yang-sama-kaum, utamakan mereka.

2.   Kalau terpaksa contact dengan mereka yang ajnabi, gunakan medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Guna perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate.

3. Tundukkan hati: Apabila terpaksa berurusan dengan mereka yang berlainan spesis, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills  yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja.  Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.
So, be careful dengan pandangan mata. Kita taklah disuruh bawak tabir kalau nak pergi mana-mana ;)

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team berlainan jantina. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu  dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.

No comments:

Post a Comment