Ciri-ciri khas seorang mukmin adalah
mereka mampu menjaga pandangan mereka. Seseorang lelaki tidak sewenang –
wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka
juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain
yang diharamkan.
Pandanglah perkara-perkara di depan kita
sekadar yang perlu sahaja. Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda
tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah
memalingkan pandangan kita. Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.
Mungkin
perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah
kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah
untuk dilakukan. Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan
itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita. Apabila
berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat
untuk menghadapi segalanya, malah lebih bersedia dan mampu menahan
beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu
melakukannya.
Daripada mata, jatuh ke hati. Didalam hati, terkumpulnya nafsu.
Peliharalah mata, kerana dari matalah
bermulanya segala dosa. Bertahanlah disaat godaan itu menarik perhatian
mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan
sukar dikawal. Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan
siksaan yang disebabkan olehnya.
Andai kita membiarkan mata kita memandang seenak hawa nafsu, pasti kita akan mula berangan – angan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya.
Senyumannya yang manis, lirik mata yang manja, raut wajah yang jelita,
tubuh yang mantap dan sebagainya pasti menghambat perasaan kita disetiap
detik kehidupan kita selepas itu. Keinginan untuk memilikinya akan
membuatkan jiwa kita tersiksa andai tidak dapat dicapai. Pernah rasa
tak? siapa yang pernah merasainya pasti akan mengakuinya.
Janganlah kita kerasakan pandangan mata
adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati
kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang
menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang
sekali lagi.
Dan apabila kita menurutinya, ia akan
memujuk hati kita untuk memandang lagi dan lagi. Sehingga kita menjadi
tidak berdaya untuk menolaknya. Semuanya bermula daripada satu
pandangan, dan berakhir dengan desakan ingin melihatnya lagi dan lagi.
Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata
adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat
yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT!
‘ Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.’ - ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat
# Mereka yang baik tidak memandang dan tidak dipandang. Elakkan memandang, InsyaALLAH kita takkan selalu dipandang ;) . What we give life, it gives us back. Dan lgi satu, mata kita yang dua biji tu just pinjaman. Mesti pemiliknya tak suka kalau barang yang diberi pinjam dipulangkan dalam keadaan yang dah tercemar kan :)


No comments:
Post a Comment