Monday, 12 November 2012

Anak Kecil yang boleh berfikir :')

Assalamualaikum :)



Pernah satu hari, seorang anak kecil yang bertudung diajak bermain oleh kengkawannya. Kawan-kawannya menyuruh dia untuk membuka tudung. Pada fikiran kita, mesti budak tu akan bukak tudung and play freely, kan? Tapi kenyataannya, TAK ! Budak tu tak nak buka tudung dia. Nak tahu tak apa yang budak tu jawab? 'Saya main dengan kaki, bukan dengan kepala' :') . Subhanallah. Anak kecil pun mampu berfikir rasional ! Tak malu kah kita, golongan yang sudah boleh berfikir secara waras dan matang tapi masih tak mampu nak berfikir seperti anak ini. 

Zaman sekarang, sangat lah ramai wanita/perempuan yang tak menutup aurat. Ok, mungkin bagi mereka tak menutup aurat tu trend sekarang. TREND ? Apa untungnya kalaupun mengikut trend masa kini yang jelas lagi nyata merupakan budaya barat yang dibawa masuk semata-mata kerana nak menyesatkan muslimah pada era ini ? Maybe pada benak mereka, 'Takpe, bukan aku sorang pakai macam ni, berkepuk lagi' . Tapi dalam kubur nanti mampu kah kita nak jawab macam tu dengan SangPenyoal ? Cukup beranikah anda ? Kalau tak, tak perlu lah nak tunjuk berani sangat bukak bukak aurat semua tu time kat dunia ni . Tak kemana pun pujian orang-orang sekeliling yang cakap awak tu cantik cunmelecun dengan trend terkini.

Bukan setakat bab aurat je, attitude pun. Kenapa budak budak zaman sekarang ( zaman moden lah kononnya ) selalu sangat mengabaikan batas-batas pergaulan ? Melepak sana sini tak tentu arah, bertepuk tampar tanpa batas. Tak ambil kisah pun bab halal haram :( . Kat dunia ni kalau tahan dulu nafsu buat benda benda tu, berbaloi ! Dalam masa yang sama, boleh jaga diri untuk yang terpilih :) . The good deserve the good :) . Ohoiii !

# Wahai makeluk ALLAH sekalian, Berhijrahlah ke zon yang lebih baik dan selamat ;)








Sunday, 11 November 2012

Say THANKS !


Assalamualaikum :)

TERIMA KASIH. Dua perkataan, 11 huruf. Nak sebut dua perkataan tu ambil masa tak sampai pun tiga saat. Susah kah? Tak pun kan :) . Tapi, dengan perkataan tu banyak perkara yang boleh kita wujudkan. Orang yang mengucapkan TerimaKasih akan wujud rasa syukur dalam dirinya secara automatik. Orang yang menerima ucapan TerimaKasih akan rasa lebih dihargai dan dalam masa yang sama dia akan berazam akan buat lagi yang terbaik untuk orang ni agar dia boleh dengar lagi ucapan tu. Subhanallah, betapa ALLAH itu Maha Adil dan Maha Pemurah, kan. Mungkin tak semua orang akan ingat apa yang dah kita buat kat dia, tapi orang akan ingat apa yang dah kita buat dia rasa :) .







TERIMA KASIH ABAH, UMMI !
Abah Ummi dah didik kami dengan cara Islam. AbahUmmi ajar kami Biar agama yang menjadi tunjang kepentingan dalam kehidupan. AbahUmmi tak marah kalau agama kami lebih cemerlang dari akademik. Tapi, beri dorongan dan sokongan serta bantuan tetap AbahUmmi hulurkan tanpa fullstop hingga kami dewasa :) . Tanpa AbahUmmi tak mungkin kami mampu jejak dunia ni. Tak mungkin kami mampu melihat  kebesaran-Nya yang terbentang luas. Tak mungkin kami mampu berusaha menjadi yang berguna agar boleh menyumbang kepada para pelapis bangsa. Semoga jasa AbahUmmi akan diberi pulangan setimpal di dunia selepas dunia ini nanti :')

terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah (2x)
lahirku ke dunia
ku disambut penuh syukur
bisikan azan ke telinga
hikamah kalimah nan luhur
lahirku ke dunia
ku diasuh mengenal Allah
ku diajar sebut namaNya
juga nabi rasul mulia
salam sayang ayah dan ibu
mendidik ku tak pernah jemu
halalkan lah makan minumku
maafkanlah salah silapku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu
tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak berdaya aku membalasnya
moga ku jadi anak yang bertakwa
terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah (2x)
Jasamu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamnya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahaia
pada mu Allah aku berdoa
pada Mu jua aku meminta
rahmatilah ibu ayah tercinta
apunilah dosa- dosa mereka
panjang umur, murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia, di akhirat
beroleh syurga
daku mengharap redha mu ibu
juga redha darimu ayah
hanya itulah yang ku pintu
agar hidupku lebih bermakna
terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah 
( Teima Kasih Ayah Ibu - HIJJAZ )



Saturday, 10 November 2012

Tundukkan PANDANGAN ;)


Ciri-ciri khas seorang mukmin adalah mereka mampu menjaga pandangan mereka. Seseorang lelaki tidak sewenang – wenangnya memandang seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya. Mereka juga tidak mudah memanjakan mata mereka dengan melihat aurat orang lain yang diharamkan.

Pandanglah perkara-perkara di depan kita sekadar yang perlu sahaja. Dalam perjalanan apabila terserempak pemuda tampan tersenyum menawan atau gadis cantik melirik manja, bersegeralah memalingkan pandangan kita. Ingatlah, pandangan pertama adalah dibolehkan untuk kita tetapi pandangan selanjutnya tidak boleh untuk diteruskan.

Mungkin perkara ini sangat sukar dilakukan. Menundukkan pandangan ditengah kehidupan masyarakat yang semakin bebas bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi sebenarnya kita harus ingat, sesuatu kesusahan itu dicipta oleh Allah untuk ditakluk oleh keimanan kita. Apabila berusaha untuk menawannya, ia akan melatih jiwa kita untuk lebih kuat untuk menghadapi segalanya, malah lebih bersedia dan mampu menahan beratnya ujian pada masa akan datang. Insyaallah, kita semua mampu melakukannya.

Daripada mata, jatuh ke hati. Didalam hati, terkumpulnya nafsu.

Peliharalah mata, kerana dari matalah bermulanya segala dosa. Bertahanlah disaat godaan itu menarik perhatian mata kita. Kuncilah keinginan itu agar tidak menjadi samakin liar dan sukar dikawal. Menahan pandangan adalah lebih ringan daripada menahan siksaan yang disebabkan olehnya.
Andai kita membiarkan mata kita memandang seenak hawa nafsu, pasti kita akan mula berangan – angan dan hati kita tidak akan lepas dari bayang-bayangnya. Senyumannya yang manis, lirik mata yang manja, raut wajah yang jelita, tubuh yang mantap dan sebagainya pasti menghambat perasaan kita disetiap detik kehidupan kita selepas itu. Keinginan untuk memilikinya akan membuatkan jiwa kita tersiksa andai tidak dapat dicapai. Pernah rasa tak? siapa yang pernah merasainya pasti akan mengakuinya.
Janganlah kita kerasakan pandangan mata adalah sesuatu yang remeh. Pandangan pertama boleh membuatkan sukar hati kita untuk menghalang rasa ingin melihatnya sekali lagi. Pandangan yang menawan kita, pasti akan menggoda mata kita untuk berpaling memandang sekali lagi.
Dan apabila kita menurutinya, ia akan memujuk hati kita untuk memandang lagi dan lagi. Sehingga kita menjadi tidak berdaya untuk menolaknya. Semuanya bermula daripada satu pandangan, dan berakhir dengan desakan ingin melihatnya lagi dan lagi.
Jagalah mata dan pandangan. Kerana mata adalah sesuatu yang suci. Dengan mata juga kita berharap akan nikmat yang paling besar diakhirat kelak, iaitu menatap wajah Allah SWT!
‘  Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya.  Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.’ - ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat 
 
# Mereka yang baik tidak memandang dan tidak dipandang. Elakkan memandang, InsyaALLAH kita takkan selalu dipandang ;) . What we give life, it gives us back. Dan lgi satu, mata kita yang dua biji tu just pinjaman. Mesti pemiliknya tak suka kalau barang yang diberi pinjam dipulangkan dalam keadaan yang dah tercemar kan :)

Tips berurusan dengan AJNABI :)



1.    Elakkan berurusan dengan AJNABI. Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan yang-sama-kaum, utamakan mereka.

2.   Kalau terpaksa contact dengan mereka yang ajnabi, gunakan medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Guna perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate.

3. Tundukkan hati: Apabila terpaksa berurusan dengan mereka yang berlainan spesis, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills  yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja.  Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.
So, be careful dengan pandangan mata. Kita taklah disuruh bawak tabir kalau nak pergi mana-mana ;)

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team berlainan jantina. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu  dan tak perlu. Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.

Selamatkan Palestin !


15 Mei 1948. Tarikh yang menjadi titik tolak penderitaan saudara kita di Palestin.

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah di- isytiharkan secara rasminya. Yahudi Zionis telah bertindak kejam ! Diorang dah halau lebih 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah daerah takluk mereka.

Daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 daripadanya serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku. Antara peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin (9 April 1948) yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. 

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui tiausaha Negara Hal Ehwal Luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah airnya di Palestin. Pengisytiharan itu telah digelar sebagai Ominous Declaration (Pengisytiharan Celaka).

Penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin hingga kini masih belum berakhir. Rakyat Palestin telah mencuba pelbagai cara untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut. Antaranya ialah melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, semua cara itu menemui kegagalan dan rakyat Palestin memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha untuk membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

PengganasYahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal di bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa a.s lagi. Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin adalah sebagai imigran pada ke- tika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis. Ia adalah bumi suci di mana ramai para rasul Alaihissalam dilahirkan dan wafat di sana. Ia adalah medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah SWT dengan kewujudan Masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah SWT dan tanah suci ketiga setelah Mekah dan Madinah.

Rasulullah SAW bersabda, "Diutamakan (digandakan) solat di MasjidilHaram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitulmaqdis dengan lima ratus solat." (Riwayat at-Tabrani - martabat Hassan) Selain itu, Baitulmaqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan Baitulmaqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Mekah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT mengarahkan agar kiblat bertukar arah ke Kaabah di Mekah. Baitulmaqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj. Firman Allah SWT:
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran kami." (al-Isra':1)


Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitulmaqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufur berkurun lamanya. Kini, Baitulmaqdis kembali ke tangan kufur, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?
Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitulmaqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidilaqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat. Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama !


BANGKIT lah wahai MukminMuslim di setiap pelusuk dunia! Sanggup kah kita melihat saudara kita dipijak dan diganyang sesuka hati oleh Rejim Zionis ? Mungkin kita tak mampu nak pergi berperang kat Palestin tu. Mungkin kita tak mampu nak bunuh zionis tu dengan tangan kita sendiri kan. Tapi ingat! Kita juga punya senjata ! Senjata yang menjadi kekuatan setiap muslim. DOA :)

Kembali kepada FITRAH :)

Assalamualaikum :)

Cuba perhtikan anak cilik diatas. Cantik kan? Nampak baik, bersih, suci dan mententeramkan. Subhanallah. Itulah diri kita yang asal. Seperti itulah fitrah kejadian kita, manusia. Namun, jarang kita sedari betapa hebatnya kejadian kita yang Allah S.W.T. telah ciptakan. Cuba hitung, sudah berapa kalikah kita mensyukuri nikmat yang Allah ciptakan khas buat kita? Tidak mustahil mungkin ada yang alpa :) . No worries, still tak terlambat kalau kita nak balik ke pangkal jalan. Yang penting, mesti ada niat dan KEMAHUAN untuk berubah. Berubah memanglah susah, mustahillah berubah tu senang. Tapi, sesusah-susah berubah, still tak sesusah membajak tau. Hehe. Dalam usaha kita nak berubah kan, keadaan sekeliling memainkan peranan penting. Nak berubah pun perlukan masa. Pada mereka yang nak berubah, you can check these out;

- Berkawan dengan mereka yang nak berubah jugak. Paling tak pun, mereka yang tak melalaikan :)
- Sentiasa nasihat-menasihati. Kita kan manusia, selalu alpa. Kalau always saling menasihati, InsyaALLAH    perkara yang dinasihati tu automatik akan kita amalkan jugak ;)
-Ubah gaya penulisan. Nescaya akan berubah cara pemikiran. Jadi matang, bukan jadi bintang.

-Jangan hiraukan pandangan ciptaan-Nya, tapi alertlah dengan pandanganNya.
- Nak atau tidak, menjadi langkah pertama. And have to come within yourself. Willing to change, commitment and prayer, InsyaAllah.
-Istiqomah for at least 40 days.
- Dapatkan ketenangan dalam diri dan muhasabah diri. Fikir balik untuk apa kita buat ni :)



Setkan dalam minda anda, AKU BERUBAH SEMATA MATA UNTUK ALLAH ! Jangan sesekali berubah kerana mengharapkan pujian makeluk makeluk sekeliling :) . And take note, berubah sebanarnya bukan berubah, tapi kembali kepada fitrah manusia :). Wish you luck.